NAGA PELANGI II

Berkongsi Impian Bersama Kami

Naga Pelangi II adalah sebuah kapal layar cater, beroperasi di lautan Hindi dan Laut China Selatan serta bahagian barat lautan Pasifik daripada pusat operasinya di Malaysia. Daerah pelayarannya merangkumi tempat-tempat indah laksana taman firdausi iaitu kepulauan berkarang yang belum terusik yang hanya boleh dikunjungi melalui jalan air. Selain daripada itu pengalaman melayarkan perahu layar adalah satu pengalaman yang tiada bandingannya. Belayar di perairan ini tidak dihadkan oleh musim, sebaliknya dapat dilakukan sepanjang tahun. Apabila hujan dan angin mengamuk di sebelah pantai Timur, Pantai Barat akan menjadi tenang dan begitulah sebaliknya.

Naga Pelangi II mencerminkan warisan kesenian pembinaan perahu Melayu. Ia memperlihatkan bagaimana pertembungan pelbagai budaya menjelmakan sesuatu yang baru. Keupayaan menghasilkan satu sintesis budaya hasil pertembungan Timur dan Barat ini sesuatu yang patut dicontohi. Kekuatan simbolisma perahu ini boleh dimanfaatkan oleh pihak media dan termasuk badan kebudayaan yang menyokong usaha persafahaman antara pelbagai budaya.

Naga Pelangi II dapat membantu syarikat-syarikat korporat yang ingin bertapak di kawasan perdagangan Asia Tenggara yang semakin pesat membangun. Secara kebetulan kawasan operasi Naga Pelangi II juga adalah di daerah yang sama. Kapal ini secara prinsipnya berusaha mengharmonikan antara yang lama dan yang baru, menyatukan unsur tradisi dengan kemajuan, oleh itu mengurus perubahan secara mapan. Syarikat korporat yang berminat bertapak di Malaysia, Thailand, Singapura dan lain-lain dapat diwakili oleh Naga Pelangi II sesuai dengan nilai dan budaya penduduk rantau ini.

Naga Pelangi II adalah unik dari segi pembinaan dan pengendaliannya. Bentuknya yang istimewa akan menarik perhatian ramai di mana sahaja ia berlabuh. Keistimewaannya mampu menjadikannya sebagai satu jenama atau cap dagang yang berpotensi.

Naga Pelangi II boleh beroperasi dengan membawa keuntungan melalui beberapa cara seperti berikut:

  •    Pelancongan:
    •   Carter persendirian, perlancongan secara berkumpulan, 
        pengembaran melalui perlayaran, membawa rombongan-
        srombongan
    •   Usaha sama dengan pengendali pelancongan, hotel-hotel,  
        syarikat penerbangan untuk aktiviti menyelam, carter masa
        cuti, pelayaran malam, aktiviti bermalam dan mengikut   permintaan

    •   Tempahan mengikut masa (lihat di bawah)

  •    Media:
    •   Filem dan produksi TV
    •   Sesi pengambaran
    •   Komersial

  •   Pemasaran korporat (pertubuhan dan syarikat):
    •   Imej korporat dan perhubungan awam
    •   Ruang iklan di layar dan badan kapal
    •   Promosi dan pengendali acara

  •   carter oleh syarikat korporat:
    •   Aktiviti-aktiviti syarikat, layanan dari syarikat korporat untuk   rakan niaga mereka
    •   Tempat mesyuarat tidakrasmi; cuti sambil kerja, konferen   tertutup untuk kumpulan kecil dalam suasana berlainan
    •   Pertukaran budaya; melalui mesyuarat yang melibatkan   
        wakil-wakil antarabangsa
        meetings of international sales representatives
    •   Insentif kepada para pekerja

  •   Aktiviti Kebudayaan/sains/teknikal:
    •   Ekspedisi santifik dan lawatan untuk penyelidikan dalam bidang   oceanography, biologi marin dan lain-lain
    •   Tempat latihan untuk perahu layar
    •   Pengantara budaya antara Asia dengan Barat

Naga Pelangi II akan menyediakan keselesaan serba moden seperti bilik air, pedingin hawa dan lain-lain dalam tiga buah cabinnya. Sistem abah-abah, susun atur geladak secara tradisional dan penggunaan kayu keras yang istimewa akan menimbulkan suasana zaman lampau, persekitaran yang asli yang tidak dimiliki oleh perahu layar moden lain.

Naga Pelangi II dan pilihan tempahan * mengikut masa (time-booking) * :

Rancanglah masa cuti anda sekarang dan telibat bersama kami melalui perahu layar klasik ini. Dengan membayar sejumlah pelaburan yang rendah anda dapat menempah "masa cuti anda" dengan perahu layar ini. Hak masa penggunaan Naga Pelangi II boleh ditempah sekarang, contohnya selama sebulan untuk beberapa tahun (3/5/10 tahun). Kapten dan anak kapal akan bersedia membantu mengendalikan percutian anda mengikut masa-masa yang telah ditetapkan setiap tahun!

* mengikut masa akan diberi diskaun istimewa ketika kerja-kerja pembinaan sedang berjalan ! *

Kami menawarkan peluang-peluang kerjasama kepada para pelabur dan penaja !

Kami juga sedia menerima idea-idea dan cadangan anda !

Kontakt: