NAGA PELANGI II

Projek

Keputusan membina Naga Pelangi II di Duyong adalah sebagai penghormatan terhadap keunikan seni membina perahu dari kayu yang dimiliki oleh budaya Melayu. Seperti juga kayu Chengal yang semakin berkurangan dan sedang menghadapi kepupusan, seni membina perahu ini juga mengalami nasib yang hampir sama.
                 
Duyong, 2003: Kerja-kerja tapak di Bengkel Hassan bin Ali, tempat Naga Pelangi II di bina.

Tiada tempat lain di dunia ini di mana para tukang perahu menggunakan teknik tradisional seperti ini. Papan akan di layur dengan api untuk membentuknya dan dipasang di atas satu sama lain dengan menggunakan pasak dari kayu penaga (Mesua Ferea) yang di pasang pada jarak 3 cm setiap satu. Tiada rangka atau pelan digunakan, semuanya berpandukan kepada ketajaman mata dan daya ingatan para tukang untuk menentukan bentuk badan perahu. Rangka hanya dipasang setelah badan perahu telah siap dibina! Untuk menutup papan yang rengang ia tidak perlu dipakal sebagaimana ditemui pada kapal Eropah. Kulit pokok gelam (Melaleuka spp) akan diletak di antara pasak yang siap terpasang di atas papan timbal.

   
      
Merapatkan papan timbal dan meletakkan kulit gelam, 2003       

Seterusnya papan baru dengan lubang yang siap dikorek akan dipasang dengan mengetuknya di atas sejumlah pasak yang terpacak menunggu dibawah. Ketepatan dan kemasan kerja mereka cukup mengkagumkan! Hasilnya adalah satu badan perahu yang sempurna seperti dibentuk menggunakan acuan. Setiap keping papan yang rengang antara 1-2 cm akan dirapatkan dengan kulit gelam. Pakal daripada serat tumbuhan ini akan menjamin perahu ini tidak diresapi air sepanjang hayatnya.

Naga Pelangi II adalah sebuah perahu Melayu tradisional sepanjang 70 kaki (21 m) di atas dek, di bina dengan kaedah ini dan mengikut bentuk perahu "PINIS".

Pelan lateral (di bawah garis air) akan mengalami sedikit ubahsuai. Berbeza daripada perahu Terengganu yang biasa Naga Pelangi II bukanlah sebuah kapal pengangkut barang, tetapi sebuah kapal persiaran. Oleh itu penekanan diberikan untuk meningkatkan keupayaanya belayar dan bukannya kelebihan dari segi keupayaan muatan.

   
    
Perahu Pinis "SABAR", di Muzium Terengganu              Model Naga Pelangi II

Tolak bara seberat 10 t
daripada timah hitam akan dipasang pada lunasnya.

Semua kayu yang digunakan dalam pembinaan perahu ini ialah dari jenis "Chengal", sejenis kayu tempatan yang boleh ditemui tumbuh antara garis lintang 5 - 8º di Semenanjung Malaysia. Pokok tropika yang penuh metos ini lambat membesar tetapi boleh mencapai ketinggian sehingga 200 kaki (60 m). Nama saintifiknya ialah "Neobalenocarpus Heimii", dari keluarga "Dipterocarpaceae".

Dari segi ketahanan, kayu ini adalah lebih baik dari oak. Chengal adalah kayu yang mempunyai ketahanan lenturan yang tinggi, menjadikan ia pilihan yang ideal untuk badan perahu. Seperti juga kayu Jati, ia mengandungi bahan awet untuk melindunginya dan sungguhpun dalam keadaan terdedah kayunya dapat bertahan ratusan tahun. Anai-anai tidak mengemarinya dan ketika baru dipotong akan tenggelam kerana lebih berat daripada ketumpatan air.

Kayu ini sangat terkenal dalam masyarakat Melayu dan digunakan untuk membina rumah dan juga perahu. Kita akan menemui rumah diperbuat daripada kayu Chengal ini tetap teguh walaupun dikelilingi busut anai-anai berhampirannya. Setengah orang percaya perahan air dari habuk gergaji kayu ini jika diminum akan menguatkan badan peminumnya. Tiada organisma hidup lain kecuali temiluk, iaitu sejenis hidupan molluska laut yang dapat merosakkan kayu ini.( Teredo-worm) Satu perlindungan terbaik daripada makhluk perosak ini ialah dengan menyapu cat marin yang akan menjauhkannya. Sungguhpun kawalan eksport balak telahpun dilaksanakan tetapi pokok ini semakin sukar ditemui terutama di luar dari kawasan hutan simpan.

Setelah di awet kayu Chengal tidak lagi boleh dilentur. Dalam pembinaan perahu, balak yang digergaji akan dijemur di bawah sinar matahari selama setahun. Setelah itu kerja-kerja membina perahu mestilah dijalankan. 

   
          Pemandangan di Kilang Papan, April 2003: milih kayu yang sesuai dari timbunan CHENGAL

Sesuai dengan kayu terbaik ini, kami memutuskan untuk menggunkan bahan-bahan pembinaan lain yang terbaik juga ( seperti skru tembaga bersilikon, bolt nut dan lain-lain).

Sebagai tambahan sebuah enjin akan dipasang dan mampu mengerakkan perahu ini pada kelajuan 8 knot. Sebuah janakuasa akan menjadi pelengkap kepada panel suria yang membekalkan tenaga elektrik kepada perahu ini. Penapis air osmosis songsang akan membekalkan air bersih yang diperlukan dan kapi haidrolik akan digunakan untuk mengangkat sauh dan menaikkan layar. Perahu ini juga mempunyai tiga buah cabin yang cukup selesa dan dilengkapi dengan kelengkapan moden, bilik air dan pendingin hawa.

Tdilengkapi dengan peralatan moden perahu ini masih merupakan sebuah perahu layar Terengganu tradisional kerana Naga Naga Pelangi II akan mengekalkan sistem abah-abah skuner. Walaupun berpengalaman belayar menggunakan perahu layar selama 20 tahun, saya belum pernah menemui sistem abah-abah yang mempunyai kelebihan berbanding layar jenis ini. Pelaut Melayu telah berjaya mengubah suai layar China yang memberikan kelebihan dari segi pengendalian selain daripada nilai keindahan.

Projek ini bermula pada tahun 2003 dengan membeli dan menjemur papan dan kayu yang akan digunakan untuk pembinaan. Pokok yang akan digunakan untuk membuat tiang layar, tiang sprit dan andang-andang ditebang dan disediakan terlebih dahulu. (Lihat: Gambar).Orang Melayu menamakan pokok yang digunakan ini sebagai "Chengal Kampung" atau "Chengal Pasir" (Hopea odorata) kerana ia boleh ditemui di kawasan kampung yang berpasir dan berair. Kayu jenis ini tidaklah sekeras dan seberat Chengal yang biasa ditemui di hutan. Mengikut kaedah lama, tiang layar dan andang-andang ini akan direndam di dalam sungai selama setahun untuk mencegahnya daripada merekah bila digunakan nanti.

Kerja-kerja -kerja pembinaan akan dimulakan dengan meletakan lunas pada awal tahun 2004. Ia di jangka siap pada tahun 2006. Perkembangannya dapat diikuti dengan melihat "Gambar-gambar kerja Pembinaan".

Naga Pelangi II akan digunakan sebagai kapal carter dengan pusat operasinya ialah di Malaysia. Walau bagaimanpun seluruh perairan dari Madagascar di lautan Hindi sehingga kepulauan Palau di Pasifik boleh menjadi daerah operasi kapal yang dibina supaya mempunyai keupayaan boleh layar. Naga Pelangi II boleh digunakan sebagai kapal latihan untuk para pelayar, menjalankan pengambaran komersial, sebagai kapal untuk para saintis yang terlibat dalam eksplorasi maritim dan juga sebagai kapal cater untuk belayar dan aktiviti selaman (Untuk keterangan lebih lanjut sila lihatk sailing, for commercial filming, as a comfortable home for scientists in maritime explorations and as a sailing- and dive-charter vessel (see also Penaja dan Pelabur).