NAGA PELANGI II

Kemunculan semula sebuah lagenda dengan

perahu baru

Pulau Duyong adalah sebuah pulau kecil di muara Sungai Terengganu, Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di bawah keredupan pohon-pohon kelapa yang tumbuh subur di sini para tukang perahu yang berkemahiran tinggi mencari nafkah dengan menukang perahu.

Sejak berabad lamanya tukang-tukang di sini membina perahu daripada kayu yang berupaya meredah samudera. Antara perahu yang dibina di sini ialah perahu layar jenis skuner yang telah menjadi lagenda melampaui perbatasan Malaysia seperti perahu PINIS dan perahu BEDAR:


        
Model perahu BEDAR                                    Model perahu PINIS

Leluhur orang Melayu yang mulanya menghuni pulau-pulau di seluruh Asia Tenggara Tenggara telah mengembara jauh ke timur sehingga ke Kepulauan Polinesia dan belayar ke sebelah barat sehingga ke Pulau Madagasar dan pantai barat Afrika. Sehingga hari ini keturunan mereka masih mendiami tempat-tempat ini.

Menongkah arus pemodenan, kaedah pembinaan perahu yang sukar ditandingi ini walaupun masih diamalkan di Duyong tetapi sedang menghadapi kepupusan. Dengan lenyapnya kemahiran membina perahu kayu secara tradisional ini, akan hilanglah satu tradisi perkapalan bangsa Melayu yang cukup dikagumi.

Pada tahun 1980, saya menempah sebuah perahu Bedar di Pulau Duyong dan diberi nama Naga Pelangi. Ia sekaligus menjadi kapal dan rumah yang sempurna kepada kami sekeluarga sepanjang pelayaran kami.

           
         
           Sedang belayar: Naga Pelangi, di Laut China Selatan, 1998

Naga Pelangi merupakan sebuah perahu Melayu asli yang pertama berjaya mengelilingi dunia apabila kami kembali ke tempat pembinaannya pada tahun 1997 dan menurunkan sauh di luar Pulau Duyong Kuala Terengganu. Saya menjualnya pada tahun 2000 dan pada bulan April 2003 saya memulakan satu projek baru yang belum pernah dilakukan dalam masa setengah abad kebelakangan ini iaitu:

Membina "Perahu besar" jenis Pinis
sepanjang 70 Kaki (21 m) atas dek.

Laman web ini (lihat: Gambar-gambar kerja-kerja pembinaan) adalah laman di mana gambar-gambar mutakhir kerja-kerja yang sedang berjalan akan disiarkan. Kami bangga anda dapat terus mengikuti perkembangan kami.


Kumpulan tukang bersama model awal Naga Pelangi II pada May 2003. Perhatikan papan-papan yang disusun untuk mengeringkannya. Dalam gambar ini kelihatan Hassan bin Ali disebelah kiri, kepala tukang yang terlibat dalam pembinaan Naga Pelangi pada tahun 1980. Beliau adalah anak kepada Haji Ali bin Ngah yang menyelia kerja-kerja pembinaan.


Che Ali bin Ngah bekerja meletak lunas Naga Pelangi, 1980